Alhamdulillah, sekarang kami ingin meneruskan perkongsian kami berkenaan Jeruk Pak Ali. Jeruk Pak Ali merupakan sebuah syarikat :
Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Penghasilan jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun 2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri industri pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli belah barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn Bhd dan produk-produk usahawan tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.
Jeruk Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada saudaramara dan sahabat handai. Jeruk Madu Pak Ali juga kini diminati oleh semua lapisan masyarakat. Jeruk yang dihasilkan didalam keadaan yang bersih, selamat dan tertutup, ditambah lagi dengan rasanya yang enak dan lazat, menjadikannya produk pilihan ramai masyarakat Malaysia.
Sumber : https://www.jerukmadupakali.com/profil.html
Berikut merupakan sejarah Jeruk Pak Ali, Terima kasih atas jasamu wahai Tuan Allahyarham Haji Ali Bin Haji Omar. Al-Fatihah kepada Allahyarham. Nantikan perkongsian kami seterusnya berkenaan khasiat Jeruk Pak Ali.
Comments
Post a Comment